Siapa percaya dgn Cinta adalah untuk selamanya?
Bila memulakan entry ini, banyak yg berada dalam fikiran. Tentang segala-galanya, apa yg dirasai, apa yg diingini, apa yg berada dihati & apa yg paling penting & priority dalam diri…
Bercinta adalah sesuatu yang terindah bagi sesiapa yang merasa. Bagi saya, bercinta adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam hidup. Banyak kali, saya jatuh cinta & bermain cinta, tetapi cinta sejati hanya pernah berlaku 2 kali dalam sejarah cinta kasih hati ini yg pernah dimilikki oleh 2 lelaki yg istimewa.
Cinta sejati…? Cinta monyet…? Apa yang benar dalam perasaan cinta sebenarnya…? Kita selalu bertanya pada diri sendiri…apa itu cinta? Adakah ianya hanya mainan perasaan & buaian khayalan mimpi siang…? Atau cinta itu perasaan yg akan bertahan untuk selamanya…?
Bila soalan ini ditanya pada sepasang kekasih yang baru dalam 2-3 bulan hubungan bercinta…mereka menjawab, “Cinta adalah perkara terbaik berlaku dalam hati dua org yg bertemu & bertuah untuk jatuh cinta…” bukan jawapan tepat yg saya cari…
Apa itu cinta…? Adakah ianya perasaan…? sementara atau untuk selamanya…? Saya percaya cinta adalah datangnya dari perasaan dalam hati kita, bila kita berjumpa dgn seseorang yg istimewa untuk mendapatkan cinta.
Cinta adalah unconditional. Tiada batasan. Dari pengalaman saya, setiap kali saya jatuh cinta, perasaan itu tidak akan pernah padam dalam hati. Banyak kali saya dikecewakan dgn ayat2 cinta dia yg pernah saya milikki, tetapi perasaan itu tidak pernah hilang walaupun dia bukan tercipta untukku. Saat baru bercinta, dialah dunia, dialah segalanya, dialah milik hati ini. Dengan 1001 janji & ayat2 manis berkata…hanya membuatkan diri ini lemah untuk menolak betapa agungnya cinta dia.
Pernah sekali, satu petang pada hari sabtu, 19 Jun 1997, di ‘syurga’ hanya saya dgn dirinya, Tg Aru Pantai 1, ayat2 dia masih lagi jelas kedengaran dgn ukiran initial nama dia dgn saya di sepohon pokok kelapa, dia jokingly bertanya…” Kau rasa ni laut berapa luas…? Berapa dalam…?” Mcm biasa, cinta monyet terasa masa itu…saya jawab, “Manalah sia tau….kenapa…?” Dia dongakkan kepala ketika baring dipangkuan saya, hanya dengan mata dia bertentangan dgn mata saya…dia berkata, “Seluas & sedalam cinta saya sama kau lah….hehehehe….” Dgn nada mcm tu, saya tersenyum (dalam hati ntah apa rasa gundah nya…suka pun ada, benci pun ada…mengada pun ada…) saya jawab, “Apa bah ko ckp ni…? Mcm buduh oh…pigi lah berenang & dive dalam tu laut…kalau ko hidup, baru sia percaya…”
Dia bangun & terus berlari menuju ke tepi pantai, buka button t-shirtnya…pandang ke arah saya & berkata… “Ok…ko yang suruh sia…” Panik sekejap dgn gerakkan dia mcm tu, saya pun dgn pantasnya berdiri & meluru ke arah dia & memeluk dia dari belakang… “Ko ni gila kah…? Jangan….sia main2 ja bah… ok lah sia percaya lah bah…”
Dia tarik & pegang tangan saya, pusingkan badan dia & kami berdepan antara satu sama lain. Dengan jarinya, dia dongakkan dagu saya, menghadap muka dia & lantas mencium dahi saya, “Ko ingat sia mau betul2 kah…? Buduh lah bah kan sia gitu…” Saya reply dia sambil menjeling, “Jadi ko mau buat apa tadi…? Saja lah tu mau buat sia panic bah kan…buduh…kin panas…”
Tetapi dgn nada serius, dia jawab… “Bukan…actually sia mau buat ini…” Dia lepaskan saya dari pelukan & dia berpaling ke arah lautan…dan mula menjerit sekuat hati dia…
“I LUV U CILLA, SELUAS & SEDALAM LAUTAN….”
(Ketika saat dia mula menjerit, buat perkara bodoh & aksi mcm cintan habis2an itu…sebenarnya di hati saya, terasa dimanjakan & dicurahkan cinta yg hampir menitiskan airmata…kalau difikirkan balik masa itu, memang lah seolah-olah drama, tetapi, itu lah cinta pertama yg paling sejati & manis…)
Walaupun perkara itu biasa untuk sesetengah orang…tetapi tidak untuk saya…belum pernah ada orang yg berbuat begitu pada saya…mmg usia saya masa tu baru 16 tahun, tetapi untuk seseorang mcm dia yg 7 tahun tua dari saya, cinta sejati pertama saya adalah dgn diri dia…& sehingga saat ini, dia masih mempunyai tempat yg istimewa dihati saya walaupun dia telah bahagia berkahwin & dikurniakan 2 anak. Pengalaman bercinta yg teragung adalah hanya dgn dirinya.
Itu lah pertama kali dia buat aksi romantik dia untuk saya, selain dari banyak lagi benda2 istimewa yg dia buat selepas itu. Tetapi jeritan cinta itu adalah perkara pertama dia buat yg membuatkan saya rasa dihargai & hati saya dimilikki hanya untuk dia…
Cinta oh cinta…
Tidak hadir untuk diri saya sudah sekian lama, org kata saya terlalu memilih. Tapi dalam hati ini sebenarnya ada kerapuhan & luka yg tak mampu sembuh lagi. Bukan sekali dua putus cinta & dikhianati atau dikecewakan…banyak kali sehingga saya tidak mampu untuk merasai cinta hadir dalam jiwa saya lagi. Saya sudah lama putus harapan dgn cinta. Cinta saya pernah diduakan, cinta ini pernah ditipu, dikhianati, dikecewai & ditolak. Banyak luka parah dari ubat & tiada antibiotic cintanya. Ingin mencintai & dicintai sememangnya amat lah saya rindui untuk mengalaminya. Perasaan tidak yakin pada diri pun ada juga. Org nampak saya gah, seolah-olah mampu berdikari & kuat, tetapi disebaliknya, saya masih mempunyai naluri seorang wanita. Yang beremosional.
Apa yg saya inginkan dari seseorang lelaki ialah untuk memberi saya kekuatan dalam meneruskan kehidupan & membimbing saya kepada kehidupan yg mempunyai penuh nilai kasih sayang. Mampu menyayangi saya unconditionally. Cinta banyak cabaran & liku2 & risiko yg kita mungkin takut untuk lalui. Kalau dia sanggup berkorban apa saja & berani menghadapi segala cabaran untuk memilikki hati ini, maka dia layak untuk memilikki sepenuh diri saya & percaya akan kekuatan cinta & istana yg kami bakal bina. Dia harus membuktikan cinta dia terhadap hati ini. Yang dia inginkan cuma saya. Tiada lain. Itu lah impian setiap orang. Dicintai & Mencintai…2 perasaan, 2 hati, hanya dia dgn saya, bertemu, berkenalan, bersama, jatuh cinta, berjanji, menjadi satu. Hanya dengan Dia. Dia hanya untuk saya seorang. Hanya Satu.
P/s : Tapi untuk my ex-bf, cinta pertama saya…kau kenalkan saya dunia cinta, perasaan pertama & sentuhan yg akan meninggalkan parut terindah dalam hidup. Kau sudah temukan cinta yg baru, hanya berdoa kau hidup bahagia…selamanya.
I hope I will find true love one day too.
This song is for you…you’re my prince…always…
SOMEONE LIKE YOU